Monday 19 March 2012

10 pesanan AL-IMAM AL-SYAHID HASSAN AL-BANNA

salam... pada kali ini saya  ingin kongsikan dgn awk smua tentang 10 pesanan dr pejuang islam yg pling dicintai.. AL-IMAM AL-SYAHID HASSAN AL-BANNA.. moga2 kita sntiasa mngingati pesanan2nya..-dipetik dr blog kwn2-

10 PeSaNaN AL-IMAM AL-SYAHID HASSAN AL-BANNA:

1. Apabila mendengar azan, maka bangunlah solat serta merta walau dalam keadaan apa jua sekali pun..

2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku ilmu, pergilah ke majlis ilmu, dan amalkan zikrullah serta jangan membuang masa dalam perkara yang tidak memberi faedah.

3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab.. kerana bahasa Arab yg betul(fusha) itu adalh satu-satunya syiar Islam..

4. Janganlah bertengkar.. dalam apa2 perkara skalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi sebarang kebaikan..

5. Jnganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram..

6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara..

7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah perkara yang sia-sia, malah ia akan menyakiti hati org lain..

8. Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang dan janganlah bercakap melainkan yang memberikan kebajikan..

9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih sayang..

10. Kewajipan lebih banyak daripada masa yang ada pada kita. Oleh itu, gunakan masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaanya..

Dah bacekan.. amik lah sebagai iktibar dan satu teguran untuk memperbaiki diri kerana tak semua orang sempurna.. hehehe jujurnya, saya pun wat gak.. tp insyaAllah saya akan berusaha menjadi lebih baik...

Tuesday 13 March 2012

PeNgoRbAnAn ZaInAb Al-GhaZaLi...


Ada sebuah kisah menarik yang pernah terjadi di suatu negeri pada tahun 1965. Peristiwa ini, perlulah dijadikan pengajaran terutamanya untuk kaum muslimat. Di waktu itu, hiduplah seorang aktivis muslimah yang menyeru manusia kepada Allah SWT. Namanya Zainab Al-Ghazali. Dia adalah seorang da'ei wanita yang cukup gigih dalam dakwahnya. Dalam hidup sehariannya, yang ada didalam fikirannya hanyalah bagaimana menyebarkan kebajikan dan membimbing manusia ke jalan yang benar. Dia memiliki pengetahuan yang luas dan mendalam. Ketajaman kata-katanya dalam berdakwah membuat dia harus berhadapan dengan pemimpin negeri ini yang zalim pada saat itu.

Zainab Al-Ghazali pun telah menjalani fasa-fasa penyiksaan. Meremang bulu roma di saat mendengar kisahnya. Meski demikian, keyakinanannya akan pertolongan Allah swt., kelazatan iman yang dirasakannya, serta tekad yang membaja membuat ia terus bersabar. Pada Ogos 1965, Rumah Zainab Al-Ghazali digeledah oleh beberapa tentara, tanpa ada izin terlebih dahulu.

Tatkala ia meminta diperlihatkan surat penggeledahan, mereka menjawab, "Surat tugas yang mana, hai orang gila! Kami sekarang dalam masa, dimana kami bebas melakukan apa saja yang kami kehendaki terhadap kamu." Tanpa penjelasan lain yang menjadi bukti, mereka terus mengheret Zainab Al-Ghazali keluar rumah dan dibawa dengan kereta. Tanpa pembelaan, muslimah yang tekun beribadah ini terus dimasukkan ke penjara. Namun dia tetap sabar dan mengharap pahala dari Allah swt. atas ujian yang diterimanya itu. Ia dimasukkan ke dalam ruangan penjara bernombor 24. Berikut adalah cerita pengalaman beliau sepanjang berada didalam penjara:

"Sebuah pintu ruangan yang sangat gelap dibuka, lalu aku dimasukkan kedalamnya. Dan ketika ruangan itu telah menelan diriku, aku mengucapkan, "Bismillah As-salamu'alaikum." Kemudian, pintu itu ditutup kembali. Setelah itu, lampu yang sangat terang dinyalakan dengan tiba-tiba. Ini dimaksudkan untuk menyiksa diriku. Ruangan itu dipenuhi oleh beberapa anjing. Aku tidak mengetahui berapa jumlahnya. Aku pejamkan kedua mataku dan aku letakkan kedua tanganku didadaku, kerana ketakutan yang mencekam. Lalu aku dengar suara pintu dikunci dengan rantai dan gembok besar. Anjing-anjing itu terus menyerangku dan mengigit sekujur tubuhku, kepalaku, kedua tanganku, dadaku, punggungku dan di seluruh bagian tubuhku kurasakan tusukkan taring-taring anjing.

Sakit sekali. Tatkala aku mencuba membuka mata untuk melihat, maka dengan segera kupejamkan kembali kerana ketakutan yang sangat. Lalu kuletakkan kedua tanganku di bawah kedua ketiakku, sambil menyebut asma-asma Allah swt. (Asmaul Husna), mulai dari kata, "Ya Allah, Ya Allah..." Satu per satu nama agung Allah kubaca. Sementara anjing-anjing tiada berhenti mengigit tubuhku. Tusukkan taringnya kurasakan di kepalaku, pundakku, punggungku, dadaku, dan disekujur tubuhku.

Saat itu saya berdo'a kepada Allah swt. dengan mengatakan, "Ya Allah sibukkanlah aku dengan (mengingat)-Mu, hingga melupakan selain-Mu. Sibukkanlah aku dengan (mengingat)-Mu, wahai Tuhanku. Wahai zat Yang Maha Esa, wahai zat Yang menjadi tempat bergantung. Bawalah aku dari alam kasar (dunia) ini. Sibukkanlah aku agar tidak mengingat seluruh hal selain-Mu. Sibukkanlah aku dengan (mengingat)-Mu, bawalah aku di hadirat-Mu. Berilah aku ketenangan yang sempurna dari-Mu. Liputilah aku dengan pakaian kecintaan-Mu. Berikanlah kepadaku rezeki mati syahid dijalan-Mu. Karunikanlah kepadaku kecintaan yang tulus kepada-Mu, keridhaan pada (ketentuan)-Mu dan Ya Allah, teguhkanlah diriku, sebagaimana keteguhan yang dimiliki oleh para ahli tauhid ya Allah!"




Doa tersebut kuucapkan, sementara binatang-binatang buas itu tidak berhenti menusukkan taringnya disekujur tubuhku. Detik demi detik, minit demi minit dan jam demi jam pun berlalu. Tiba-tiba pintu ruanganku terbuka, lalu aku dikeluarkan dari kamar. Aku membayangkan, bahawa pakaian putih yang kukenakan telah berlumuran darah. Itulah yang saya rasakan dan bayangkan bahwa anjing-anjing itu benar-benar telah mengigitku. Akan tetapi, betapa terkejutnya aku. Seolah-olah pakaianku tidak terkena sesuatu apapun, dan seolah-olah tiada satu pun taring yang menembus tubuhku. Mahasuci Engkau ya, Allah. Sesungguhnya Dia selalu bersamaku dan selalu mengawasiku. Ya Allah, apakah aku ini layak mendapatkan kurnia dan kemuliaan dari-Mu. Ya, Tuhanku bagimu segala puji. Semua itu kuucapkan di dalam hatiku. Para penjaga penjara hairan ketika mengetahui bahawa anjing-anjing tidak merobek-robek tubuhku.

Saya tidak mengetahui mengapa mereka amat hairan menyaksikan hal seperti itu. Bukankah Allah swt. telah berfirman,"Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." (Muhammad: 7) Ini adalah peristiwa nyata yang terjadi semasa kekejaman pemerintahan. Peristiwa itu merupakan pertolongan yang diberikan Allah kepada Zainab Al-Ghazali, wanita muslimah tersebut. Mereka tidak berhenti melakukan penyiksaan kepada wanita muslimah ini. Hari demi hari berganti, bulan demi bulan teru berjalan dan tahun-tahun pun berganti. Namun, Zainab tetap terkurung didalam penjara dan menerima berbagai macam penyiksaan, tanpa kesalahan yang jelas.

Wahai saudaraku muslimah yang mulia, ini adalah realiti yang dialami oleh sebahagian saudarimu seaqidah yang tersebar di berbagai belahan bumi. Meski demikian, Zainab Al-Ghazali tetap bersabar dan mengharap pahala dari Allah, Dzat Yang Maha tinggi dan Maha kuasa. Ia selalu tegar kerana sangat yakin bahawa pertolongan Allah swt. pasti datang. Demikianlah, kekuatan iman itu dapat menimbulkan berbagai hal yang menakjubkan, sulit untuk dicerna oleh pemikiran manusia.

Monday 12 March 2012

BiNgKisAn UnTuK HaWa

Bismillahhirrohmanirrahim...


Hawa
Hawa yang aku cari dalam melengkapi diri
Menutup kesunyian dalam kesepian
Melengkap kekurangan dalam aku kesorangan
Menutup satu pintu fitnah dikala berduaan
Membuka seribu jalan kebahagiaan
Menyusur langkah ke Jannah
Dalam kita berpimpin tangan....


Hawa
Peliharalah auratmu dikala bersua
Labuhkan hijab penutup dosa
Aku mengerti
Kita hamba mudah alpa
Goyah  iman di buaian dunia
Hawa, adakah kau lupa
Kau dipandang tinggi satu ketika
Tanganmu yang lembut
Bisa menggoncang dunia


Hawa
Peliharalah akhlakmu diakhir zaman
Banyak dugaan banyak pula cubaan
Kau diuji tanda kasih ilahi
Kau diuji tanda iman di hati
Jauhkanlah pasrah tatkala hati menjadi gundah
Rapatkan dahimu di tikar sejadah
Yakinlah yang terbaik dari Allah


Hawa
Kau suri di dalam hati
Kau srikandi dibelakang suami
Kau tonggak keluarga hakiki
Jadilah dikau isteri sejati
Jadilah dikau ibu mithali
Yang pasaknya pada jujur
Sandarnya pada iman
Hatinya penuh ketakwaan..

Sunday 11 March 2012

7M Agar Anak Selalu Hidup Bersama Al-Quran

Allah SWT berfirman:
Sesungguhnya al-Quran ini memberikan petunjuk kepada jalan yang lebih lurus dan memberikan khabar gembira kepada orang-orang Mukmin yang mengerjakan amal soleh bahawa bagi mereka ada pahala yang besar.  - QS al-Isra' (17: 9)



7M Agar Anak Selalu Hidup Bersama al-Quran

01.Mengenalkan
Saat yang paling tepat mengenalkan al-Quran adalah ketika anak sudah mulai tertarik dengan buku. Sayang, banyak orang tua yang lebih suka menyimpan al-Quran di rak almari paling atas.

Sesekali perlihatkanlah al-Quran kepada anak sebelum mereka mengenal buku-buku lain, apalagi buku dengan gambar-gambar yang lebih menarik.

Mengenalkan al-Quran juga boleh dilakukan dengan mengenalkan terlebih dulu huruf-huruf hijaiyah; bukan mengajarinya membaca, tetapi sekadar memperlihatkannya sebelum anak mengenal A, B, C, D.


Tempelkan gambar-gambar tersebut di tempat yang sering dilihat anak; lengkapi dengan gambar dan warna yang menarik.


Dengan sering melihat, anak akan terpancing untuk bertanya lebih lanjut.
Saat itulah kita boleh memperkenalkan huruf-huruf al-Quran.

02.Memperdengarkan
Memperdengarkan ayat-ayat al-Quran boleh dilakukan secara langsung atau dengan memainkan kaset atau CD.
Kalau ada teori yang mengatakan bahwa mendengarkan muzik klasik pada janin dalam kandungan akan meningkatkan kecerdasan, insyaAllah
memperdengarkan al-Quran akan jauh lebih baik pengaruhnya bagi bayi.


Apalagi jika ibunya yang membacanya sendiri. Ketika membaca al-Quran, suasana hati dan fikiran ibu akan menjadi lebih khusyuk dan tenang.
Kondisi seperti ini akan sangat membantu perkembangan psikologi janin yang ada dalam kandungan.


Ini kerana, secara teori kondisi psikologi ibu tentu akan sangat berpengaruh pada perkembangan bayi, khususnya perkembangan psikologinya.
Kondisi tertekan pada ibu tentu akan berpengaruh buruk pada kandungannya.


Memperdengarkan al-Quran boleh dilakukan bila-bila sahaja dan di mana sahaja; juga tidak mengenal batas usia anak.
Untuk anak-anak yang belum boleh berbicara, insyaAllah lantunan ayat al-Quran itu akan terakam dalam memorinya.


Jangan pelik kalau tiba-tiba si kecil lancar melafazkan surah al-Fatihah, misalnya, begitu dia boleh berbicara.
Untuk anak yang lebih besar, memperdengarkan ayat-ayat al-Quran (surah-surah pendek) kepadanya terbukti memudahkan si anak menghafalkannya.


03.Menghafalkan
Menghafalkan al-Quran boleh dimulai sejak anak lancar berbicara.
Mulailah dengan surah atau ayat yang pendek atau potongan ayat (misalnya fastabiq al-khayrât, hudan li an-nâs, birr al-walidayn, dan sebagainya).

Menghafal boleh dilakukan dengan cara seringkali membacakan ayat-ayat tersebut kepada anak. Jadi latihlah anak untuk menirunya.
Hal ini dilakukan berulang-ulang sampai anak hafal di luar kepala. Masa kanak-kanak adalah masa meniru dan memiliki daya ingat yang luar biasa.
orang tua harus menggunakan kesempatan ini dengan baik jika tidak ingin menyesal kehilangan masa emas (golden age) pada anak.

Supaya anak lebih mudah mengingat, ayat yang sedang dihafal anak boleh juga sering dibaca ketika ayah menjadi imam atau ketika naik kereta dalam perjalanan.
Disamping anak tidak mudah lupa, hal itu juga sebagai usaha membiasakan diri untuk mengisi kesibukan dengan amalan yang bermanfaat.

Nabi SAW bersabda: Demi Zat yang jiwaku ada di tangan-Nya, sesungguhnya hafalan al-Quran itu lebih cepat lepasnya daripada seekor unta pada tambatannya. - HR al-Bukhari dan Muslim


04.Membaca
Siapa saja yang membaca satu huruf dari Kitab Allah maka dia akan mendapat satu kebaikan. Satu kebaikan akan dibalas dengan sepuluh kali lipat.
Aku tidak mengatakan bahawa alif-lam-mim adalah satu huruf. Akan tetapi, alif adalah satu huruf, lam satu huruf, dan mim juga satu huruf. (HR at-Tirmidzi).
Sungguh luar biasa pahala dan kebaikan yang dijanjikan kepada siapa saja yang biasa membaca al-Quran.

Bimbing dan doronglah anak agar terbiasa membaca al-Quran setiap hari walau cuma beberapa ayat.
orang tua penting memberikan contoh.
Jadikanlah membaca al-Quran, terutamanya pada pagi hari usai solat subuh atau usai solat maghrib, sebagai kegiatan rutin dalam keluarga.

Ajaklah anak-anak yang belum boleh membaca untuk bersama-sama mendengar abang-kakaknya yang sedang membaca al-Quran.
orang tua mempunyai kewajipan untuk mengajarkan kaedah-kaedah dan adab membaca al-Quran.

Untuk boleh membaca al-Quran, termasuk mengetahui kaedah-kaedahnya, sekarang ini tidaklah sulit.
Telah banyak metode yang ditawarkan untuk boleh mudah dan cepat membaca.
Ada metode Iqra, Qiroati dan sebagainya.
Metode-metode itu telah terbukti memudahkan ribuan anak-anak bahkan orang tua untuk mahir membaca al-Quran.

Alangkah baiknya membaca al-Quran ini dilakukan secara bersama-sama oleh anak-anak di bawah bimbingan orang tua.
Ketika seorang anak membaca, yang lain menyemaknya.

Jika anak salah membaca, yang lain boleh membetulkan.
Dengan cara itu, rumah akan selalu dipenuhi dengan bacaan al-Quran sehingga berkat.


05.Menulis
Belajar menulis akan mempermudah anak dalam belajar membaca al-Quran. Ajarkan kepada anak kata-kata tertentu yang mempunyai makna.
Dengan begitu, selain anak boleh menulis, sekaligus anak belajar bahasa Arab.
Mulailah dengan kata-kata pendek.

Misalnya, untuk mengenalkan tiga kata alif, ba, dan dal anak diminta menulis a, ba da (tolong tuliskan Arabnya, ya: a-ba-da) ertinya diam; ba-da-a (yang ini juga) ertinya mulai; dan sebagainya.
Sesekali di rumah, cuba adakan lumba menulis ayat al-Quran.

Berilah hadiah untuk anak yang paling kemas menulis. Jika anak memiliki kemampuan yang lebih dalam menulis huruf al-Quran, mereka boleh diajari lebih lanjut dengan mempelajari seni kaligrafi.

Rangkaian huruf menjadi sukukata yang mengandungi erti bertujuan untuk melatih anak dalam memperkaya kosakata, di samping memberikan kesempatan bagi mereka untuk bertanya tentang setiap kata yang diucapkan serta mengembangkan cita rasa seni mereka.
Jadi, tidak hanya bertujuan mengenalkan huruf al-Quran semata-mata.

06.Mengkaji
Ajaklah anak mula mempelajari isi al-Quran. Ayah boleh memimpinnya setelah solat maghrib atau subuh.
Paling tidak, seminggu sekali pelajaran sekeluarga ini dilakukan.
Tajuk yang diketengahkan boleh jadi tajuk-tajuk yang ingin disampaikan berkaitan dengan perkembangan perilaku anak selama satu minggu atau beberapa hari.

Kajian bersama, dengan merujuk pada satu atau dua ayat al-Quran ini, sekaligus dapat menjadi sarana tawsiyah untuk seluruh anggota keluarga.
Pada waktu yang sama, tajuk yang akan dikaji boleh diserahkan kepada anak-anak.

Adakalanya anak diminta untuk memimpin kajian.
orang tua boleh memberi arahan atau pembetulan jika ada hal-hal yang kurang tepat.
Cara ini sekaligus untuk melatih keberanian anak menyampaikan isi al-Quran.

07.Mengamalkan dan memperjuangkan
Al-Quran tentu bukan hanya untuk dibaca, dihafal dan dikaji.
Justeru yang paling penting adalah diamalkan seluruh isinya dan diperjuangkan agar benar-benar dapat menyinari kehidupan manusia.

Sampaikan kepada anak tentang kewajiban mengamalkan serta memperjuangkan al-Quran dan pahala yang akan diraihnya. InsyaAllah, hal ini akan memotivasikan anak.

Kepada anak juga boleh diceritakan tentang bagaimana para Sahabat dulu yang sangat teguh berpegang pada al-Quran; ceritakan pula bagaimana mereka bersama Rasulullah sepanjang hidupnya berjuang agar al-Quran tegak dalam kehidupan.

Wednesday 4 January 2012

KATA2 SEMANGAT UTK KAWAN2!!!!

'' ilmu itu diperoleh daripada lidah yang suke brtanye dan akal yang selalu berfikir..  ''

'' Orang yang berjaya bukannya mereka yang tidak pernah gagal, tetapi mereka yang bangkit kembali setelah mengalami kegagalan..''



''Seribu perkataan dan pengetahuan tidak akan bermakna melainkan adanya tindakan..''

''Jgn putus asa jika otak tumpul dan kurang cerdas.Kadang kala seseorang yg tumpul otaknye tetapi tidak putus asa lebih maju daripada seseorang yang cerdas tetapi pemalas..''

''Memaafkan memang tidak mengubah masa lalu, tetapi ia dapat memudahkan masa hadapan..''


so...jgn la sedih klu kite dpt mrkah yg lbih rendah dr kwn2 yg lain.. kuatkan semangat coz Allah know you can do it !!

7 CARA MEMUJUK RAKAN YG TGH EMO..

hahaha.. mesti korg ade rmai kwn2 yg tibe2 je emo kan.. bese la tu.. manusia ade tahap2 kesbrnye.. meh sni sye bgthu cara nk pujuk kwn korg tu :)

EMOSIONAL ni sbnrnye brmaksud: cenderung memperlihatkan emosi atau bertindak mengikut perasaan.
Selalunye perlakuan yg ditunjukkan oleh orang yang EMO ini ialah sesuatu yang bersifat negatif. Contohnye, seperti mencampak barang2 disekeliling, brcakap sendirian,memaki hamun,berteleku di suatu sudut bilik, sentiasa berasa serba salah dan mcm2 la lg..


Kite sbg kwn kene la tolong sjukkn dye... jgn wat don't know je..

  • MENGAMBIL WUDUK..
Kita ajak kwn emo kite tu.. same2 amik wuduk. Sambil tu pujuklah dye yg air basahan wuduk ni boleh menyejukkan hati yang lara. Dengan syarat kita ikhlas..ye..

  • MENULIS SESUATU YG POSITIF
Bg bbrapa helai kertas n pen@pensil kt dye. Pastu suruh dye tulis ape yg dcita-citakan kt kertas tu.Sambil tu, kite ktekan bhw tulisan yg baik dan positif boleh merangsang fikiran kearah yang lebih baik..
  • MEMUJINYA DGN SEADANYA
Kita ddk kt dpn dye sambil perhatikan wajahnye. Kite ktekan padanya bhw dye adalah seorang yang bijak dan cantik. Alangkah baiknya kalau kbijakkan
dan kecantikan itu kite luahkan syukur kpd ALLAH.. Oleh itu, dgn izin Allah, Allah akan mencantikkan hati kite dgn ktenangan dlm semua hal.

  • TUNJUKKAN KASIH SYG KITE SBG KWN DYE
Tny kat dye klu2  mhukan ssuatu, sperti:''nk mkn ape?'', ''nk mnum ape?'', ''nk bace ape?'', ''nk mnonton ape?''.... atau.. ape2 jelah.. asalkan perbuatan tu x melanggar syariat. Kalau boley.. kite buat sme2.. ape salahnye.. klu nk sjukkan hati kwn..

  • BERBUAL-BUAL DAN BERADA DI SAMPING
Jgn biarkn kwn kite yg tgh emo tu duk sorg2 atau melakukan ape2 shj seorang diri.. Kite mesti turut serta.Sebaik2 nye biarlah kite brbual2 dgn dye tntg ssuatu yg mggmbirakan, tp...jgn ssekali kite mlayan cerita emosinye.. lg truk jdnye kang.. kite bawa perbualan yg menyenangkan..ok!!
  • MEMINTA MAAF
Ringankan lidah kite untuk minta maaf andainya kite yg myebabkan kwn kite emo.. jgn la dilayan sgt ego tu.. kwn lg pntig!! Mngaku kslhn atau kesilapan kite walaupun sbnarnye bkn kite yg mulekan.. kite ckp kt dye yg kite rindukan persahabatan yg terjalin sblum ini..insyaAllah sjukla nnt..
  • PERLIHATKAN KEPADANYA BETAPA INDAHNYA ISLAM
klu kwn kite ni jnis yg degil, keras kepala..kite cari kwn2 yg rapat ngn dye utk pujuk dye.. cntohnye: kwn baik dye ke.. adk beradik ke atau sesiapa shj yg kite lihat ada potensi spy kwn kite ni boleh luahkan prasaan..tp... Jgn kite naik emo skali smpai panggil 'geng' nk bls dndm..huishhh bahaya tu!!..
kite kne ingt, sseorg yg rpat tu biarlah yg ade pgangan agama yg baik.  Klu sbaliknye, ajaklah ckg kaunseling atau ustz/ ustzh brjumpe dgn kwn kite ni..

 hehehe... skdar ini je yg sye boleh bantu.. klu ade kwn2 yg emo.. buat mcm tips kt atas tu.. InsyaAllah.. Allah tolong skali.. sye amik dr..GEN-Q





TIPS MENINGKATKAN DAYA INGATAN

IQ PRO..adalah minuman berperisa koko yang membantu meningkatkan daya ingatan, merangsang tahap kecerdasan minda dan konsentrasi..


sesuai bagi semua peringkat

KELEBIHAN DAN KHASIAT IQ PRO:)
  1. Membantu meningkatkan daya ingatan,meransang tahap kecerdasan minda dan konsentrasi.
  2. Membantu memperbaiki siatem perjalanan darah.
  3. Membantu mencantikkan kulit.
  4. Membantu membekalkan tenaga yang diperlukan dalam badan untuk pemulihan sel serta tumbesaran dan fungsi organ dalaman.
  5. Sesuai untuk seisi keluarga.


CARA PENGGUNAAN:)
Untuk mendapatkan khasiat sepenuhnya, adalah dinasihatkan untuk meminum 1 sachet pagi dan 1 sachet petang untuk 2 minggu pertama dan secara berterusan dengan hanya minum 1 sachet sehari setiap pagi. Minum untuk 2 minggu pertama secara konsisten adalah sangat penting ini kerana ia akan mengeluarkan toksid dan radikal bebas daripada badan kita.IQ PRO juga sesuai untuk diminum oleh seisi keluarga.