Monday, 19 March 2012

10 pesanan AL-IMAM AL-SYAHID HASSAN AL-BANNA

salam... pada kali ini saya  ingin kongsikan dgn awk smua tentang 10 pesanan dr pejuang islam yg pling dicintai.. AL-IMAM AL-SYAHID HASSAN AL-BANNA.. moga2 kita sntiasa mngingati pesanan2nya..-dipetik dr blog kwn2-

10 PeSaNaN AL-IMAM AL-SYAHID HASSAN AL-BANNA:

1. Apabila mendengar azan, maka bangunlah solat serta merta walau dalam keadaan apa jua sekali pun..

2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku ilmu, pergilah ke majlis ilmu, dan amalkan zikrullah serta jangan membuang masa dalam perkara yang tidak memberi faedah.

3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab.. kerana bahasa Arab yg betul(fusha) itu adalh satu-satunya syiar Islam..

4. Janganlah bertengkar.. dalam apa2 perkara skalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi sebarang kebaikan..

5. Jnganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram..

6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara..

7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah perkara yang sia-sia, malah ia akan menyakiti hati org lain..

8. Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang dan janganlah bercakap melainkan yang memberikan kebajikan..

9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih sayang..

10. Kewajipan lebih banyak daripada masa yang ada pada kita. Oleh itu, gunakan masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaanya..

Dah bacekan.. amik lah sebagai iktibar dan satu teguran untuk memperbaiki diri kerana tak semua orang sempurna.. hehehe jujurnya, saya pun wat gak.. tp insyaAllah saya akan berusaha menjadi lebih baik...

No comments:

Post a Comment